TENTANG GREAT EASTAERN

Dalam masa 5 tahun sahaja, Great Eastern Takaful telah berjaya menempa nama dalam industri kewangan Islam. Kenali mereka..

 PEMIMPIN PENERANGAN 

YBHG. DATUK KAMARUDDIN TAIB
Pengerusi
YBhg. Datuk Kamaruddin Taib dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Great Eastern Takaful Berhad (“Syarikat”) sejak 4 November 2010 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi. Beliau juga adalah Pengarah Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad.
Buat masa ini, YBhg. Datuk Kamaruddin adalah Pengerusi Eksekutif Germanischer Lloyd GLM Sdn Bhd dan Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif GHL Systems Berhad. Beliau turut berkhidmat sebagai Pengarah di FIDE Forum. Selain daripada menganggotai lembaga syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, beliau juga pernah menganggotai lembaga syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham India dan NASDAQ (USA).  
YBhg. Datuk Kamaruddin memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik daripada University of Salford, U
 
KHOR HOCK SENG
Ahli Lembaga Pengarah

En Khor telah dilantik menjadi ahli Lembaga Syarikat pada 1 Mac 2016 sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan kemudian dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Bebas Eksekutif pada 3 Ogos 2016.

En Khor kini merupakan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat di dalam Kumpulan Great Eastern di Singapura dan Malaysia.

En Khor memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Sains Aktuari dan Statistik daripada Macquarie University, Australia dan Sijil Teknik Aktuari London Institute of Actuaries.
 
MEJ JEN DATO’ ZULKIFLEE MAZLAN (B)
Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Mej Jen Dato’ Zulkfilee Mazlan telah dilantik menjadi ahli Lembaga Syarikat pada 29 April 2016 sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.
Mej Jen Dato’ Zulkiflee adalah Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad sejak Jun 2015. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Affin Hwang Investment Bank Berhad. Dato’ Zulkiflee telah berkhidmat dengan cemerlang dalam Angkatan Tentera Malaysia dan juga memegang pelbagai jawatan di Kementerian Pertahanan. Beliau juga turut menganggotai ahli lembaga Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera.
Mej Jen Dato’ Zulkiflee Mazlan memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Teknologi MARA pada 1989. Beliau juga memegang Sarjana Sains, Strategi Keselamatan Negara dari National Defense University Fort McNair, Washington D.C.
NORMAN IP
Ahli Lembaga Pengarah
En. Ip dilantik menganggotai Lembaga Syarikat pada 8 Ogos 2014 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Beliau juga adalah Pengarah Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad.
En. Ip adalah Pengerusi WBL Corporation Limited dan turut berkhidmat sebagai Pengarah di syarikat-syarikat United Engineers Limited, AIMS AMP Capital Industrial REIT Management Limited dan Building and Construction Authority. Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad (sehingga 1 Julai 2014) dan Pengarah Australia Oriental Minerals NL, syarikat yang tersenarai di Bursa Sekuriti Australia (sehingga 22 Jun 2011). Beliau bersara sebagai Presiden dan CEO Kumpulan dan ED bagi kumpulan syarikat The Straits Trading Company Limited pada 31 Oktober 2009.   
En. Ip memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) daripada London School of Economics and Political Science. Beliau juga adalah ahli Fellow di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales dan di Institute of Certified Public Accountants of Singapore.
 
LEE KONG YIP
Ahli Lembaga Pengarah
En. Lee Kong Yip telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat pada 1 Julai 2016 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.
En Lee Kong Yip kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Fraser & Neave Holdings Berhad. En. Lee Kong Yip sebelum ini berkhidmat di OCBC Bank (Malaysia) Berhad di mana beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah, jawatan yang di pegang sehingga beliau bersara pada tahun 2000. Beliau juga merupakn Pengarah Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad, Overseas Assurance Corporation (Holdings) Berhad, Great Eastern Capital Malaysia Sdn Bhd, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan Far Island Bay Sdn Bhd.
En. Lee Kong Yip memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1969. Beliau menamatkan Program Pengurusan Lanjutan dari University of California, Berkeley, Amerika Syarikat pada tahun 1988
 YBHG. DATIN ZAHARAH ALI
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg. Datin Zaharah Ali telah dilantik menjadi ahli Lembaga Syarikat sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 29 April 2016.
Datin Zaharah telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad pada tahun 2012 hingga 2015. Datin Zaharah mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor awam dan telah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat di Kementerian Pertahanan sejak 2005 sehingga bersara pada November 2015.
Datin Zaharah memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Hons) dari Universiti Malaya. Beliau juga dianugerahkan Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia dan juga Diploma Analisa Rangka dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
 
DR AKHTARZAITE ABDUL AZIZ
Penolong Profesor Dr. Akhtarzaite Abdul Aziz dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada November 2010 dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah pada Oktober 2016. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Syariah Standard Chartered Saadiq Malaysia dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB).

Beliau menerima pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Kuala Lumpur di mana beliau mendapat ijazah LLB (1994) dan LLB (Syariah) (1995) seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph. D) dalam Fiqh dan Usul Fiqh, masing-masing pada tahun 2000 dan 2005.
Penolong Profesor Dr. Akhtarzaite Abdul Aziz pernah menganggotai Jawatankuasa Syariah EONCAP Islamic Bank Berhad (2005-2011), Jawatankuasa Kerja Institut Perbankan dan Kewangan Islam IIUM (IIiBF), bertugas sebagai penulis Modul untuk Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam (ICMGTS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ahli jawatankuasa (Bendahari) – Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam (ASAS) dan moderator Sijil Asas IBFIM dalam Perbankan dan Kewangan Islam. 
Beliau telah menulis beberapa buah buku dan artikel tentang Perbankan Islam, Prinsip Jurisprudens Islam (Usul al-Fiqh), Kaedah Figh dan telah membentangkan beberapa kertas kerja di forum dan seminar. Beliau juga menyelia pelajar-pelajar PhD dan Sarjana dalam Perbankan Islam dan tesis Usul Fiqh. Kini, beliau berkhidmat sebagai Penolong Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam, IIUM.

DR MOHAMAD SABRI ZAKARIA
Penolong Profesor Dr. Mohamad Sabri Zakaria dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada November 2010. Beliau adalah Ketua Jabatan Fiqh & Usul Al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, IIUM.
Beliau menerima ijazah pertama beliau dalam bidang Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi Islam daripada Universiti Yarmouk, Jordan dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Fiqh dan Usul-al Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau turut mengajar beberapa subjek seperti Jurisprudens Islam, Isu-isu Fiqh Kontemporari, Undang-undang Urus Niaga Islam dan Kewangan Islam.
Pada Julai 2010, beliau dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Institut Perbankan & Kewangan Islam (IIBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah penasihat akademik kepada Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dan ahli Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau turut berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agro Bank) dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).

DR SITI SALWANI RAZALI
Profesor Madya Dr. Siti Salwani Razali berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad sejak 1 Julai 2011. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Undang-undang Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-undang (MCL) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Buat masa ini, beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pentadbiran Perniagaan di Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak 2001. Bidang penyelidikan utama beliau adalah perbankan dan kewangan Islam, undang-undang Syariah, undang-undang perniagaan dan perdagangan, urus niaga Islam dan undang-undang kontrak Islam. Pada tahun 2010, beliau menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik untuk kertas kerja bertajuk Perbandingan Kritikal Pelaburan dalam Dana Takaful dalam Takaful Keluarga; Kajian kes ke atas PT Asuransi Takaful Keluarga dan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. di Persidangan Perbankan dan Kewangan Islam Antarabangsa (IBAF) di USIM, Nilai.
Profesor Madya Dr. Siti Salwani Razali turut berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat Malaysia, menganggotai lembaga Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan adalah penasihat bersekutu kepada AFTAAS Shariah Advisory Sdn. Bhd.

YBHG. PROFESSOR DATO’ DR WAN SABRI WAN YUSOF
YBhg. Professor Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada November 2010. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan Ijazah Sarjana Sastera daripada Temple University, USA (pengkhususan dalam perbandingan agama). Beliau turut memegang Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (IRKH) dengan pengkhususan dalam Tafsir serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Bidang kepakaran utama beliau terletak dalam konsep agama, perbandingan agama dan etika. Beliau juga telah menulis banyak artikel termasuk monograf tentang cendekiawan Islam terkemuka di rantau ini dan juga tafsir.
Kini, beliau adalah Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak.
YBhg Profesor Dr. Wan Sabri Wan Yusof juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah OCBC Al-Amin. Sebelum itu, beliau menganggotai Jawatankuasa Syariah Southern Bank Berhad, CIMB Islamic dan Alliance Bank.

 DR. SUHAIMI AB RAHMAN
Dr. Suhaimi Ab Rahman dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Januari 2017. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah OCBC Al-Amin Bank Berhad dan Exim Bank Malaysia. Beliau berkelulusan PhD dalam Undang-undang dari University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Undang-undang Perbandingan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memperoleh ijazah pertama dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Beliau adalah Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ketua Program Penyelidikan Perniagaan dan Pengurusan Halal di Penyelidikan Produk Halal Institut, UPM.
Pada masa ini, beliau adalah ahli Jawatankuasa Syariah Dana Wakaf Ilmu, UPM dan Koperasi UPM Berhad. Beliau juga merupakan ahli Majlis Syariah QSR Brands Sdn. Bhd dan telah menjadi penasihat bagi Industri dan Saintifik Institut Penyelidikan Malaysia (SIRIM), Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam membangunkan dasar dan standard Halal negara
 
ZAFRI AB HALIM
Ketua Pegawai Eksekutif
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Zafri bertanggungjawab untuk menguruskan keseluruhan operasi dan memastikan syarikat mencapai objektif-objektif jangka pendek dan jangka panjang yang dimandatkan oleh lembaga pengarah.
Sebelum memegang jawatan CEO, Zafri adalah Ketua Pegawai Kewangan syarikat dan memainkan peranan penting dalam merintis penubuhan GETB di mana beliau menyelia pengurusan kewangan dan fiskal bagi operasi syarikat di dalam dan di luar negara, sejajar dengan objektif strategik Kumpulan.
Beliau adalah ahli Institut Akauntan Malaysia dan seorang Akauntan yang Bertauliah. Buat masa ini, beliau menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Takaful Malaysia sebagai Bendahari persatuan, jawatan yang dipegang sejak 2013.
Zafri memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Projek daripada George Washington University di Washington DC, USA di samping Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Matrikulasi daripada Universiti Pertanian Malaysia.

 DR. MOHAMMAD FIRDAUS MOHAMMAD HATTA
Dr. Mohammad Firdaus Mohammad Hatta dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Januari 2017. Beliau adalah seorang Pensyarah Kanan Arshad Ayub Business School Siswazah, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Beliau menerima ijazah pertama dalam Islamiah Syariah dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau kemudiannya berjaya menamatkan Sarjana dalam Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memperolehi PhD dalam Perbankan Islam dari University of Wales, Lampeter, United Kingdom. Beliau turut menerima Diploma dalam Kewangan Islam dari Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom.
Dr. Mohammad Firdaus Mohammad pernah menjadi ahli Jawatankuasa Syariah Citibank Berhad.
 
ALLEN TAN CHEE KEONG
Naib Presiden dan Ketua Operasi
Allen menyandang jawatan Ketua Operasi sejak Jun 2013 dan beliau bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan penajajaminan perniagaan baru, tuntutan, perkhidmatan pelanggan, sokongan operasi, pentadbiran perniagaan kumpulan di samping projek dan penyumberan luar.
Allen memegang Ijazah Sarjana Muda Sains daripada University of New South Wales, Sydney, Australia dengan pengkhususan dalam Statistik.
 
NORIZAN YAHYA
Naib Presiden dan Ketua Pengedaran Agensi
Norizan dilantik sebagai Ketua Pengedaran Agensi pada September 2014. Beliau menerajui pasukan dalam mencapai matlamat pengeluaran takaful dan objektif perekrutan melalui pembawaan masuk ejen-ejen Melayu yang baru.
Dari segi pendidikan, Norizan memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Central Missouri State University, USA dan Diploma Perbankan daripada Universiti Teknologi MARA. Beliau juga adalah perancang kewangan berdaftar (Syariah) dengan Majlis Perancang Kewangan Malaysia.

MOHD HANAFI MOHD ISA
Naib Presiden dan Ketua Pengedaran Perkongsian
Mohd Hanafi dilantik sebagai Ketua Pengedaran Perkongsian pada 2010.
Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan dan mengetuai saluran pengedaran perkongsian.
 
TENGKU SHEILA TENGKU AZIB
Naib Presiden dan Ketua Penjenamaan & Komunikasi Pemasaran
Shelia dilantik sebagai Ketua Penjenamaan & Komunikasi Pemasaran pada Julai 2014 dan telah berkecimpung dalam perniagaan takaful sejak 2008. Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai industri termasuk pengajaran, pengeluaran dan pengiklanan. Kepakaran Sheila terletak dalam pemasaran jenama dan komunikasi.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan daripada University of Winnipeg, Manitoba, Canada dengan pengkhususan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.
 
RAZALI KIPLI
Naib Presiden dan Ketua Modal Insan
Razali mengetuai bahagian Modal Insan yang menguruskan segala aspek Modal Insan daripada perekrutan serta gaji dan manfaat kepada latihan dan pembangunan.
Razali memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada RMIT University dan beliau menganggotai Persatuan Majikan-Majikan Insurans (AIE) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
 
JASVEEN KAUR MARNE
Aktuari Dilantik
Jasveen  menyertai Great Eastern Takaful pada 2014 daripada Great Eastern Life Malaysia untuk mengetuai dan membangun semula pasukan penilaian. Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Aktuari Dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan fungsi aktuari. Beliau turut memastikan perniagaan dijalankan dengan asas kewangan yang kukuh dengan mengambil kira jangkaan-jangkaan yang munasabah oleh pemilik sijil.
Jasveen memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas 1) dalam Sains Aktuari daripada University of London. Beliau juga adalah Ahli Fellow Institute and Faculty of Actuaries. Sebeleum menyertai Great Eastern, beliau telah bekerja dengan KPMJ LLM di United Kingdom sebagai Consultant, Investment Advisory Team, Pensions.
 
WAN AHMAD NAJIB WAN AHMAD LOTFI
Penolong Naib Presiden dan Ketua Pengurusan Strategik dan Syariah
Wan Ahmad Najib telah bersama Kumpulan Great Eastern sejak 2009 dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Great Eastern Takaful. Beliau bertanggungjawab untuk menyelaraskan pengurusan strategik syarikat dan memastikan pematuhan Syariah dalam operasi perniagaan syarikat.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Teknologi Maklumat daripada Universiti Tenaga Nasional dan Sijil Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga adalah ahli bertauliah Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF).
 
RASMAN ABDUL GHANI
Penolong Naib Presiden dan Ketua Kewangan dan Tadbir
Rasman menyertai Great Eastern Takaful pada tahun 2015 sebagai Ketua Bahagian Kewangan dan Pentadbiran dan beliau juga bertanggungjawab terhadap perakaunan, laporan kewangan, belanjawan cukai dan urusan pentadbiran. Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam menerajui dan membentuk pasukan kewangan syarikat  terutama dalam sektor takaful dan insurans.  
Rasman memegang Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Leeds Metropolitan University, United Kingdom. Beliau juga adalah ahli Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA). 
 kredit TO: greateasterntakaful.com

No comments:

Post a Comment