Thursday, 11 May 2017

ALASAN ANDA UNTUK TIDAK MENCARUM DALAM TAKAFUL

1. SAYA MASIH MUDA
    Di zaman serba moden ini,  Berapa banyak orang muda yang terkena penyakit-penyakit berat          seperti stroke, darah tinggi dan kencing manis? Tahukah anda bahawa Takaful perlu dicarum ketika anda masih sihat. Jika anda sudah di sahkan menghidap penyakit anda sudah tidak layak lagi untuk mencarum takaful...Jika anda masih mahu mencarum , mungkin bayaran jauh lebih mahal.


2.SAYA ORANG KAYA, BANYAK TANAH
Sedarkah anda , harta kekayaan boleh hilang tanpa disangka-sangka. dan lebih parah lagi , jika anda terkena penyakit kritikal, anda terpaksa bergadai tanah untuk mendapatkan satu perkara yang sangat tingi nilainya iaitu SIHAT.



3.SAYA SUDAH ADA PERLINDUNGAN DARI SYARIKAT
TAhukah anda, kad perubatan mempunyai had yang berbeza dan biasanya mengikut jawatan.Sekiranya kos rawatan melebihi had yang diperuntukkan, pekerja perlu menambah lebihan caj tersebut.



4. SAYA BANYAK KOMITMEN YANG JAUH LEBIH PENTING
  Sedarkah anda, jika anda ditimpa musibah, adakah anda dapat memberikan komitmen kepada perkara yang jauh lebih penting itu. Dengan adanya takaful anda boleh meneruskan komitmen anda YANG JAUH LEBIH PENTING ITU...Kerana  caruman anda diteruskan disaat anda sakit.


5. SAYA TAKUT DITIPU AGEN
Dapatkan penerangan yang jelas  dari Agen Takaful anda... Mungkin anda terleka membayar caruman beberapa bulan atau anda menuntut membuat tuntutan terhadap penyakit yang tidak dilindungi.

MORAL
FIKIRKAN MEREKA YANG ANDA SAYANGI!.

Ajal tidak mengenal usia..Fikirkan nasib keluarga anda selepas anda tiada.Jangan jadikan hutang sebagai alasan untuk anda tidak mencarum, tetapi carumlah duit anda untuk tidak membebankan mereka membayar hutang anda jika anda tiada KELAK. ANDA adalah apa yang anda fikirkan.. Bukakan sedikit fikiran anda untuk orang tersayang.

No comments:

Post a Comment