Monday 29 May 2017

KELEBIHAN PRODUK GREAT EASTERN TAKAFUL

1-Konsep hibah

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

2-Towing service

Sekiranya anda merupakan pemegang Medical Card dari Great Eastern Takaful, secara automatik anda layak untuk mendapat perkhidmatan towing dari Asia Assistance. Perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu anda menjimatkan kos sekiranya mengalami kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan. Towing services ini adalah percuma bagi RM300 pertama untuk setiap kes. Sekiranya nilai towing services anda lebih dari RM300, anda hanya perlu membayar nilai yang selebihnya sahaja.


3-Ko-takaful terendah untuk Medical Card 
Great Eastern Takaful menawarkan nilai ko-takaful (takaful bersama) yang paling rendah di pasaran. Ko-takaful bagi Great Eastern Takaful adalah minimum 10% dan maksimum RM500 daripada jumlah bil yang dikeluarkan. Ini bermakna, semahal mana pun bil yang anda terima, anda hanya perlu membayar RM500 sahaja berserta cukai dan caj-caj lain yang tidak ditanggung oleh Medical Card.


4-Had Medical Card seumur hidup yang tinggi
Demi memudahkan anda ketika berusia nanti, Great Eastern Takaful bersetuju untuk memberikan Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Medical Cardnya. Anda boleh memperoleh perlindungan sehingga RM 2 Juta seumur hidup dengan harga yang amat berpatutan.
5-Khairat kematian yang kompetitif
Perbelanjaan pengkebumian merupakan antara perkara yang perlu diambil berat sekiranya berlaku kematian. Untuk itu Great Eastern Takaful memberikan sebanyak RM2,000 bagi proses pengurusan jenazah untuk dikebumikan. Nilai ini dianggap relevan dan kompetitif pada masa kini.



6-Elaun MC akibat kemalangan

Sekiranya anda mengalami kemalangan dan terpaksa MC untuk tempoh yang panjang, elaun MC akan diberikan mengikut nilai perlindungan kemalangan anda. Ini bermakna MC anda akan dibayar berpatutan dengan perlindungan bahagian kemalangan anda.

7-36 penyakit kritikal yang lebih banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia

Great Eastern Takaful melindungi 36 Penyakit Kritikal yang popular dan lebih sinonim dengan Rakyat Malaysia. 36 Penyakit itu termasuklah :



  1. Penyakit Arteri Koronari
  2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
  3. Penggantian Injap Jantung
  4. Pembedahan Aorta
  5. Kardiomiopati
  6. Ensefalitis
  7. Tumor Otak
  8. Meningitis Bakteria
  9. Penyakit Neuron Motor
  10. Penyakit Parkinson
  11. Penyakit Alzheimer
  12. Poliomielitis
  13. Sklerosis Berbilang
  14. Sindrom Apalik
  15. Lumpuh
  16. Koma
  17. Hilang Keupayaan Diri
  18. Hilang Penglihatan
  19. Hilang Pendengaran
  20. Hilang Pertuturan
  21. Kanser
  22. Anaemia Aplastik
  23. Trauma Kepala Utama
  24. Luka Terbakar Teruk
  25. Kegagalan Buah Pinggang
  26. Penyakit Hati Kronik
  27. Hepatitis Virus Fulminan
  28. Serangan Jantung
  29. Penggantian Injap Jantung
  30. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
  31. Pembedahan Otak
  32. Strok
  33. Lumpuh Paraplegia
  34. Penyakit Paru-Paru
  35. Distrofi Otot
Begitulah antara kelebihan produk Great Eastern Takaful berbanding pengendali takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.

No comments:

Post a Comment